Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki mengadakan perbincangan bersama Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar berkenaan Kembara Kenali Borneo Yang di-Pertuan AgongĀ Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada 7 hingga 13 Sept ini. FOTO: ASTANA NEGERI SARAWAK

Kembara Kenali Borneo peluang kepada Agong, Permaisuri selami hati rakyat Sarawak

KUCHING, 5 Sept: Kembara Kenali Borneo memberikan peluang kepada Yang di-Pertuan AgongĀ Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merasai pengalaman menyelami warisan pelbagai budaya dan agama di Sarawak.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata kerajaan negeri telah mengatur pelbagai program untuk Seri Paduka berdua melawat pelbagai kumpulan etnik semasa kembara itu.

“Baginda berduaĀ akan melawat semua kumpulan etnik di Sarawak seperti Melayu, Iban, Bidayuh, Cina, Orang Ulu termasuk Kedayan dan Penan ketika kembara dari Lawas sehingga Telok Melano, yang dijadualkan pada 7 hingga 13 Sept ini.

“(Kembara) ini merupakan peluang terbaik untuk Sarawak memaparkan kepelbagaian kaumnya dan mempamerkan Sarawak sebagai suri teladan bagi seluruh negara untuk toleransi beragama dan keharmonian kaum,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata dalam kembara itu, Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah juga akan berpeluang beramah mesra dengan rakyat daripada segenap lapisan dan merasai sendiri pengalaman hidup mereka.

“Seri Paduka berdua turut berpeluang melihat sendiri keperluan asas penduduk luar bandar seperti jalan raya, jambatan, jeti dan gerai-gerai di tepi jalan,” katanya.

Mohamad Abu Bakar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur kembara Seri Paduka ke Sarawak, menekankan bahawa kerajaan Sarawak akan menyertakan beberapa program rasmi sepanjang baginda berdua berada di negeri ini.

“Namun, kunjungan kali ini hanyalah santai, bermakna ia tidak begitu rasmi kerana Seri Paduka berdua ingin bertemu rakyat jelata,ā€ katanya.

Sementara itu, Mohamad Abu Bakar berharap pemimpin persekutuan yang lain akan mencontohi Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang bertemu rakyat di peringkat akar umbi.

“Bagi saya, apa yang Seri Paduka berdua lakukan kini mesti dicontohi pemimpin persekutuan lain untuk berhubung dengan rakyat di Sarawak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan