Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin. Foto: TVS

34 lelaki diberkas terlibat insiden rusuhan penyokong bola sepak

GEORGE TOWN, 5 Sept: Polis setakat ini telah memberkas 34 lelaki dalam insiden rusuhan penyokong bola sepak di luar Stadium Bandaraya di sini sejurus selesai perlawanan Liga Super antara Penang FC menentang Kedah Darul Aman FC pada 22 Ogos lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, tangkapan tersebut membabitkan penyokong berusia antara 18 hingga 38 tahun yang berasal dari Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak.

Menurutnya ia membabitkan empat siri tangkapan iaitu seramai tujuh orang pada hari kejadian, 20 orang pada 23 Ogos, (empat) 24 Ogos dan (tiga) 28 Ogos.

“Setakat ini, tiga kertas siasatan di bawah Kanun Keseksaan telah dibuka dan kes masih dalam siasatan.

“Ia merangkumi Seksyen 148 kerana merusuh, Seksyen 427 (khianat) dan Seksyen 324 (mendatangkan kecederaan menggunakan senjata),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TVS pada 24 Ogos lalu melaporkan seramai 27 individu diberkas polis selepas disyaki terbabit dalam rusuhan kira-kira pukul 11.20 malam membabitkan penyokong pasukan Penang FC dan Kedah Darul Aman FC berdekatan sebuah stesen minyak di luar Stadium Bandaraya di sini.

Perlawanan ke-20 Liga Super itu menyaksikan tuan rumah, Pulau Pinang tewas 1-2 kepada pasukan pelawat dari negeri jiran.

Sementara itu Kok Chin berkata, salah seorang daripada suspek ditahan atas kesalahan memecahkan cermin bas yang membawa penyokong Kedah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan