Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada deligasi Richwood Blacktech Sdn. Bhd di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini. FOTO: UKAS

Sarawak dicadang negeri pemula bank wakaf digital di Malaysia

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 4 September: Sarawak dicadangkan sebagai negeri pemula untuk mewujudkan inisiatif bank wakaf digital di Malaysia.

Pengerusi Richwood Blacktech Sdn. Bhd., Dr. Mazlan Ahmad berkata hasrat berkenaan telahpun diusulkan pihaknya ketika mengadakan kunjungan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, pada pertemuan itu Premier Sarawak menyambut baik usaha ini dan menyatakan sokongan penuh demi menjayakan Sarawak menggunakan ekonomi digital.

Mazlan mendedahkan bank wakaf digital mampu menawarkan perkhidmatan asas bank digital patuh syariah sebagai platform kewangan terbaharu di Malaysia khususnya di Sarawak.

Jelasnya sektor kewangan adalah pemangkin utama untuk pembangunan ekonomi dan mengusulkan idea gabungan antara kewangan komersial dan kewangan wakaf (social finance).

“Bukan hanya akan membantu menangani masalah ekonomi, tetapi juga akan memberi manfaat kepada golongan yang sering diabaikan dalam pasaran (underserved market).

“Wakaf dilihat sebagai satu-satunya cara yang akan membentuk masa depan yang cerah, di mana komuniti sendiri akan mewakafkan sebahagian daripada duit mereka kepada masyarakat, kerajaan, negeri, negara, dan akhirnya, kepada ummah secara besar-besaran.

“Selain itu, kami juga membincangkan mengenai gerakan wawasan melahirkan jutaan wakaf, yang berbeza dengan zakat penuh.

“Ia merupakan usaha sukarela daripada usahawan yang akan memberikan semula kepada masyarakat dan negara.

Pada kunjungan hormat itu juga katanya ia melibatkan perbincangan tentang pasaran modal (capital market), di mana syarikat QIMS Capital akan disenaraikan untuk usaha ini, dengan sebahagian daripada hasilnya akan diwakafkan untuk faedah Sarawak dan Malaysia.

Tambahnya lagi, ini selaras dengan aspirasi kerajaan Sarawak untuk menjadi pusat perdagangan karbon dan pengeluaran untuk ekonomi dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan