Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian ketika berucap dalam Majlis Perasmian ROSA di Hospital Pakar KPJ Kuching, hari ini. Kredit: Zaim Zharfan (TVS)

ROSA cerahkan masa depan ortopedik – Dr Sim

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 4 Sept: Pembantu pembedahan robotik atau Robotic Surgical Assistant (ROSA) berpotensi memberi depan yang lebih cerah kepada bidang orthopedik, kata Timbalan Premier Sarawak, Dato Dr Sim Kui Hian.

Menurut beliau seramai 12 orang pesakit telah berjaya menjalani pembedahan lutut menerusi insiatif ROSA semasa menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Kuching pada tahun ini.

“Saya dimaklumkan juga semua pesakit yang menerima rawatan kini mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat.

“Ia direka untuk membantu pakar orthopedik dan bedah dalam menyesuaikan penempatan implan lutut untuk pesakit yang mempunyai prosedur penggantian lutut atau lebih tepat, dapat melihat pemulihan yang lebih cepat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian ROSA di Hospital Pakar KPJ Kuching, di sini hari ini.

Dr Sim mendedahkan pelancaran ROSA yang bernilai lebih 2,000,000 Dolar Amerika itu merupakan  yang pertama di Borneo ini diyakini beliau akan memberi bukti kepada inovasi, kemajuan teknologi dan pertumbuhan ekonomi.

“Ia bukan sahaja sekadar peralatan, malah simbol dan potensi yang besar kepada industri kesihatan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada KPJ Kuching kerana selangkah ke hadapan dalam bidang ini. Tidak lupa juga, kepada semua rakan industri dan media atas sokongan berterusan mereka perniagaan penjagaan kesihatan Sarawak serta Malaysia,” katanya lagi.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian (dua dari kanan) bersama Pengurus Besar Hospital Pakar KPJ, Nurhazimah Mahat dan Pakar Ortopedik, Dr Lee Woo Guan (dari kiri) selepas pelancaran ROSA di sini, hari ini

Sementara itu, Pengurus Besar KPJ Kuching, Nurhazimah Hamat berkata, penggunaan ROSA ini bukan sahaja dapat memberikan kesembuhan dalam masa yang singkat, namun, perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti.

Tambahnya lagi, harga bagi rawatan sebelah kaki berjumlah RM31,888 manakala RM58,888 untuk dua belah kaki.

Tawaran diskaun sebanyak 10 peratus ini diterima melalui pembayaran secara wang tunai dan sah sehingga Disember tahun ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan