Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang sedang membelek kain songket sambil ditemani oleh Pengurus Besar Centexs Commercial Mohd Shahren Yusri dan Timbalan Setiausaha negeri Sarawak Datu Dr Sabariah Putit pada Majlis Perasmian Pusat Produksi Juma’ani Pavillion. Foto: TVS

Pusat Produksi Juma’ani Pavillion, hab hasilkan produk kraftangan dan tekstil terbesar di Sarawak

Kuching, 4 Sept: Pusat Produksi Juma’ani Pavillion diyakini menjadi hab berskala besar dalam mengeluarkan produk kraftangan dan tekstil warisan Sarawak.

Menurut Pengurus Besar Centexs Commmercials, Mohd Shahren Mohd Yusri, pusat produksi itu akan berusaha melahirkan golongan belia dan komuniti yang memiliki kemahiran asas dalam bidang jahitan.

Shahren menambah pihaknya mengalu-alukan komuniti luar yang mempunyai kemahiran asas jahitan untuk menyertai skuad menjahit di Pusat Produksi Juma’ani Pavillion.

“Ini merupakan satu inisiatif baru yang kita lakukan dimana kita hari ini melancarkan sebuah ‘production center’ untuk menghasilkan produk seperti uniform dan T-Shirt.

Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang sedang melihat squad menjahit untuk jahitan beg tangan. Foto: TVS

“Kita juga ada produk cenderahati seperti plak yang mana inisiaitif hari ini memberi peluang kepada alumni pekerjaan centexs dan juga komuniti atau individu diluar centexs untuk berkerja disini untuk menjana pendapatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Pusat Produksi Juma’ani Pavillion di Kuching pada Isnin.

Selain itu, Shahren mengalu-alukan komuniti luar yang mempunyai kemahiran asas jahitan untuk menyertai skuad menjahit di Pusat Produksi Juma’ani Pavillion.

“Dengan adanya inisiatif yang kita buat hari ini maka ‘production house’ yang ada di Jumaani Pavilion ini akan menjadi sebuah hab untuk kita membuat produksi berskala besar.

“Kita nak war-warkan kepada orang Sarawak ini kalau mereka menyertai skuad menjahit di Juma’ani untuk permulaan pendapatan mereka boleh mencecah RM1,500-2,000.

“Kalau lagi rajin boleh dapat pendapatan 3,000-4,000 sebulan,” ujarnya.

Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang merasmikan Pusat Produksi Juma’ani Pavilion hari ini. Foto: TVS

Tambah Shahren, pihaknya positif dalam tempoh tiga tahun akan datang komuniti skuad menjahit itu akan meningkat kepada 180 orang.

“Dalam tempoh hujung tahun ini kita anggarkan kita dapat lebih 30 hingga 50 skuad menjahit. Memadai untuk kita.

“Tapi dalam tempoh tiga tahun untuk kita buat lagi lebih besar kita perlukan lebih kurang 180 tukang jahit.

“Tidak mudah sebenarnya. Kita akan adakan proses temuduga,” ujarnya.

Sementara itu, dalam pada masa yang sama, ujar Shahren, kedai “pop-ups” yang dikenali sebagai Sense of Malaysia akan dilancarkan pada September ini di Lapangan Antarabangsa Kuching.

“Kedai pop-ups tersebut akan menjual produk tempatan yang bermutu tinggi termasuk kraftangan, tekstil dan pakaian.

“Sense of Malaysia juga akan mempamerkan aksesori kecantikan seperti barang kemas berkualiti tinggi daripada Quantum Metal Borneo Incorporated,” ujarnya.

Pusat Produksi Juma’ani Pavillion telah dirasmikan oleh isteri Premier Sarawak, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan