Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan melancarkan Sarawak Pavilion di CIFTIS 2023 di Beijing, China. Foto: MINTRED Sarawak

Keunikan Sarawak Pavilion di Beijing jadi tumpuan utama pengunjung CIFTIS 2023

ByAmirah Shawel

BEIJING, 4 Sep: Sarawak Pavilion menjadi tumpuan utama di Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan dalam Perkhidmatan (CIFTIS) 2023 apabila berjaya memukau pengunjung dengan tawaran-tawaran unik.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) memaklumkan rata-rata pengunjung tertarik dengan peluang pelaburan, budaya dan pelancongan, pendidikan serta perkhidmatan yang ada di Sarawak.

“CIFTIS berfungsi sebagai platform untuk rundingan perdagangan antarabangsa, kerjasama dan pelaburan dalam sektor perkhidmatan. Ia menarik peserta global daripada pelbagai industri, termasuk kewangan, teknologi, penjagaan kesihatan, pelancongan dan pendidikan.

“Acara ini menawarkan peluang luar biasa untuk Sarawak mempamerkan potensi ekonomi, memupuk hubungan perniagaan, dan meneroka kerjasama dengan rakan kongsi domestik dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

CIFTIS 2023 yang diadakan bermula 2 hingga 6 September membuka peluang potensi kerjasama di antara pemain industri dan bakal pelabur dalam pelbagai sektor seperti teknologi, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan dan kewangan.

Sarawak Pavilion telah dilancarkan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan dan Menteri Sumber Asli dan Pembangunan bandar.

Turut hadir pada majlis pelancaran ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Terdahulu, delegasi Kerajaan Sarawak menghadiri Perasmian CIFTIS 2023 yang dirasmikan oleh Presiden, Xi Jing Ping di Pusat Konvensyen Kebangsaan China.

Sebelum ini, Sarawak hanya berpeluang untuk mengambil bahagian secara hibrid ekoran pandemik COVID-19. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found