Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima pekerja hotel Ayuterra Resort di pulau peranginan Bali maut pada Jumaat selepas kabel lif yang mereka naiki terputus dan menyebabkan mereka terjunam ke dalam gaung. Foto: BPBD Gianyar

Kabel lif terputus, 5 pekerja di sebuah resort di Bali maut terjatuh ke dalam gaung

JAKARTA, 4 Sept: Lima pekerja hotel Ayuterra Resort di pulau peranginan Bali maut pada Jumaat selepas kabel lif yang mereka naiki terputus, menyebabkan mereka terjunam ke dalam gaung.

Kelima pekerja dua lelaki dan tiga wanita, menggunakan lif yang berjalan di atas landasan seperti kereta api di kawasan Ubud, Gianyar, Bali.

Ketua Polis wilayah Gianyar, I Made Uder mengatakan kejadian berlaku selepas kelima pekerja ingin naik menggunakan lif, namun kabel keluli tiba-tiba gagal menahan.

“Hasil siasatan awal kami menunjukkan kabel itu putus kerana lif itu terlalu berat, tidak cukup kuat untuk menarik beban dan brek tidak berfungsi sehingga gagal menahan lif seketika menjunam mereka 100 meter ke bawah gaung yang curam,” katanya.

Polis juga sedang meneliti kemungkinan kecuaian dan jika insiden itu disebabkan oleh kekurangan penyelenggaraan pada lif yang berjalan di atas cerun 35 darjah itu.

Polis turut mengambil keterangan 11 orang saksi pakar dan jurutera yang melakukan pemasangan pada lif berkenaan untuk mengenal pasti punca daripada insiden tersebut. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan