Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni.

Hanya pemilik tanah NCR diwarta layak dapat lesen perdagangan karbon Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 4 Sept: Hanya pemilik yang diwartakan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) layak mendapat lesen perdagangan karbon Sarawak.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni berkata pemilik tanah berkenaan juga mesti dalam kalangan mereka sendiri atau syarikat.

Menurutnya, lesen pertama tanah milik telah dikeluarkan pada Mac lalu kepada salah sebuah syarikat perkayuan terbesar di Sarawak dengan keluasan kira-kira 1.2 juta hektar.

“Kerajaan Sarawak juga membenarkan syarikat itu mempunyai tidak melebihi 20 peratus kawasan penghutanan semula khusus dalam menanam pokok yang cepat tumbuh dan boleh dieksport.

“Bagi tanah NCR yang diwartakan, pekebun kecil dengan keluasan minimum 100 hektar setiap seorang boleh mengambil bahagian,” katanya ketika menjadi salah seorang panel dalam World Green And Sustainability Summit 2023 di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa untuk mencapai keuntungan ekonomi, 100 hektar tanah tidak berdaya maju kerana bayaran yang tinggi.

“Contohnya, saiz minimum sebenar adalah kira-kira 5,000 hektar, dan pekebun kecil boleh bergabung untuk membuat jumlah sekurang-kurangnya 500 hektar supaya mereka mendapat keuntungan daripadanya,” ujarnya.

Tambahnya, tanah negeri sudah tentu akan diuruskan oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sama ada sedia ada atau baharu, yang akan menguruskan perdagangan karbon untuk Sarawak. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan