Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tahunan Kakitangan NMSC ke-35 di salah sebuah hotel di Kuching pada Ahad. Kredit: Ahmad Nasrullah (TVS)

Bangunan baharu NMSC bakal dilengkapi 320 katil – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 3 Sept: Bangunan baharu Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC) yang akan dibina bakal dilengkapi sebanyak 320 katil, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, pembinaan itu dilakukan selaras dengan kejayaan NMSC sebagai penyumbang terbesar dalam pelancongan perubatan khususnya merawat pesakit dari Pontianak dan Singkawang Kalimantan, Indonesia.

“Selain bakal dilengkapi dengan teknologi perubatan terkini dan tercanggih, ia bakal dibina di tepi sungai, menawarkan persekitaran yang tenang semasa pesakit menerima rawatan.

“Hospital baharu itu akan berkonsepkan mesra alam untuk memberikan keselesaan dan kemudahan kepada pesakit dan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Tahunan Kakitangan NMSC ke-35 di sini malam tadi.

Lebih menarik kata Abang Johari, bangunan baharu juga akan menghadap Gunung Santubong selain bakal dilengkapi dengan hotel dan pusat membeli-belah.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, perancangan menaik taraf semua kemudahan di NSMC bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan perubatan kepada pesakit dari negara jiran termasuk Brunei.

Sementara itu, Abang Johari menegaskan dasar Kerajaan Sarawak mahu menjadikan negeri ini sebagai pusat rujukan perubatan dan hab perubatan di Borneo.

NMSC memulakan operasinya pada 11 Ogos 1988 dan merupakan hospital swasta yang pertama dan terbesar di Sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut isteri Abang Johari, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Pengerusi NMSC merangkap Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pengarah NMSC Dato Dr Au Yong Kien Hoe. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan