Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah hujan yang sedikit ekoran faktor Monsun Barat Daya menyebabkan keadaan jerebu di beberapa kawasan di Sarawak tidak reda beberapa minggu ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Tiada hujan punca jerebu tidak reda

ByAmirah Shawel

KUCHING, 3 Sept: Jumlah hujan yang sedikit ekoran faktor Monsun Barat Daya menyebabkan keadaan jerebu di beberapa kawasan di Sarawak tidak reda beberapa minggu ini.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sarawak, Khairul Najib Ibrahim memaklumkan asap jerebu rentas sempadan yang dibawa angin dari arah Barat Daya telah menjejaskan kualiti udara di negeri ini.

Menurutnya, meskipun Sarawak akan menerima taburan hujan, tiada jaminan bahawa keadaan jerebu akan berkurang selagi punca fenomena itu tidak ditangani.

“Pihak Jabatan Meteorologi menjangkakan pada 3 September (Ahad) dan 4 September (Isnin) ribut petir di satu dua tempat dijangka berlaku di kebanyakan bahagian pada waktu petang dan boleh berlarutan hingga ke malam.

“Namun tiada jaminan keadaan jerebu akan berkurang selagi puncanya tidak ditangani,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Sarawak mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat bagi kumpulan sensitif di Bahagian Sri Aman dengan bacaan 108 setakat jam 10 pagi, manakala bacaan IPU 91 di Kuching dan 92 di Serian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan