Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Sim menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang Pertandingan Akademik dan Bakat SJKC pada Sabtu. Foto: TVS

Pendidikan sekolah Cina di Sarawak untuk semua kaum – Dr Sim

KUCHING, 3 Sept: Pendidikan sekolah Cina di Sarawak adalah untuk semua kaum, kata Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Jelasnya, aspek pendidikan Cina memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan taraf hidup dan ia tidak terhad kepada satu kaum semata-mata.

Menurutnya, setakat ini terdapat 60,000 pelajar di 222 Sekolah Rendah Cina di Sarawak dengan 38 peratus daripada pelajarnya adalah Bumiputera.

Dr Sim bergambar kenangan bersama pemenang Pertandingan Akademik dan Bakat SJKC di Kuching. Foto: TVS

Bagaimanapun, kata Dr Sim, Kementerian Pendidikan Malaysia hanya bertanggungjawab ke atas gaji guru dan kos operasi tetapi tidak membiayai pembinaan blok sekolah baharu, dan penempatan semula sekolah.

“Sejak 2020, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah memperuntukkan pembiayaan tahunan untuk tujuan ini.

“Bermula dengan RM8 juta pada 2020, kepada RM10 juta pada 2021 dan RM12 juta pada 2022. Tahun ini, RM12 juta lagi yang sekurang-kurangnya 20 sekolah mendapat manfaat daripada program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Pertandingan Akademik dan Bakat anjuran Persekutuan Pendidikan Persatuan Sekolah Rendah Cina Sarawak di Hotel Grand Riverine, di sini pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, beliau dimaklumkan lembaga sekolah bahawa terdapat pemotongan dana untuk aktiviti kurikulum tambahan dan geran penyelenggaraan dari Kerajaan Pusat tahun ini.

Justeru katanya, Sarawak memerlukan autonomi pendidikan dalam memastikan aspek pendidikan di negeri ini tidak ketinggalan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan