Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bergambar bersama penerima baucer saringan di Program Jelajah Kasih Wcare @LPPKN Segulai Sejalai hari ini. Foto: TVS

Malaysia perlu lebih ramai penjaga terlatih, sedia capai status negara tua – Nancy Shukri

KUCHING, 3 Sept: Malaysia berdepan masalah kekurangan tenaga kerja mahir untuk menguruskan dan menyedia persekitaran kondusif bagi warga emas dan kanak – kanak, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, bagi mengatasi masalah itu, kementerian telah memohon peruntukan untuk membangunkan sebuah institusi yang mampu melatih penjaga diperlukan sebagai persediaan negara mencapai status negara tua.

Nancy berkata, menjaga warga emas dan kanak-kanak memberikan cabaran fizikal dan mental yang akan menguji seseorang .

“Tanggungjawab tersebut juga memerlukan individu terlibat mempunyai kemahiran khusus agar mereka bersedia untuk berhadapan dengan cabaran.

“(Sebenarnya) ini peluang yang baik bagi remaja yang ingin berkhidmat kepada masyarakat (kerana) pada masa sama mereka dapat mencari pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Kasih Wcare @LPPKN Segulai Sejalai di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai langkah kerajaan untuk atasi masalah itu, Nancy berkata, institut berkenaan akan menyediakan tenaga yang diperlukan malah membuka ruang perniagaan dalam sektor penjagaan seperti dihasratkan kerajaan.

Bagi menjayakan inisitif berkenaan, Nancy memberitahu, sebagai permulaan kementerian akan bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus berkenaan untuk melahirkan golongan penjaga terlatih serta mempunyai kelayakan akademik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan