Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri beramah mesra dengan pelajar Pra Sekolah SK Pajar Sejingkat di Program Jelajah Kasih Wcare @LPPKN Segulai Sejalai. Foto: TVS

Hukuman lebih berat dicadangkan, lindungi kanak – kanak

KUCHING, 3 Sept: Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Kanak-Kanak yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat Oktober depan tidak bercanggah dengan Akta Kanak-Kanak 2001 sedia ada, kata Datuk Seri Nancy Shukri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, RUU berkenaan akan diselarikan dengan akta itu bagi memastikan lebih efektif menangani kes melibatkan kanak-kanak.

“Kementerian saya akan memberikan cadangan-cadangan mengenai keperluan dalam RUU terbabit bagi memastikan tiada pertindihan.

“(Antara) cadangan ialah supaya diberi hukuman yang lebih berat (kepada pesalah),” katanya selepas merasmikan Program Jelajah Kasih Wcare @LPPKN Segulai Sejalai di sini hari ini.

Bagaimanapun jelas Nancy cadangan berkenaan kelak tidak akan dibuat secara melulu kerana memerlukan perbincangan lanjut dengan beberapa pihak.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berkata, RUU itu diharapkan dapat dibentangkan di Parlimen pada bulan depan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan