Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Roslan Abdul Rahman bersama tetamu kehormat lain melawat sekitar Program Merakyatkan Seni Budaya: Festival Bung Bratak. Foto: TVS

Festival Bung Bratak tarik pelancong domestik dan antarabangsa

BAU, 3 Sept: Penganjuran Program Merakyatkan Seni Budaya: Festival Bung Bratak merupakan usaha memikat pelancong domestik dan antarabangsa menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato Roslan Abdul Rahman berkata, ia juga bertujuan untuk menjadikan Bung Bratak sebagai salah satu produk pelancongan berdasarkan kesenian dan kebudayaan masyarakat Bidayuh serta kampung-kampung berhampiran.

Dato Roslan Abdul Rahman ketika berucap di Majlis Perasmian Program Merakyatkan Seni Budaya: Festival Bung Bratak. Foto: TVS

“Penganjuran ini merupakan usaha sama MOTAC dan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Sarawak serta Pejabat Daerah Bau, dilihat berupaya merancakkan lagi industri pelancongan di Bau dan Pusat Warisan Bung Bratak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program itu di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, konsep rumah panjang sebagai tempat penginapan di Pusat Warisan Bung Bratak telah menunjukkan perkembangan positif.

“Bagi Januari hingga Jun tahun ini, hasil yang dijana menerusi pengunjung domestik dan asing adalah sebanyak RM 35,455,” katanya.

Bagi tempoh sama juga Roslan memberitahu kedatangan pelancong domestik ke pusat ini seramai 3,334 orang manakala 90 pengunjung asing turut direkodkan.

Dato Roslan Abdul Rahman melakukan gimik Majlis Perasmian Program Merakyatkan Seni Budaya: Festival Bung Bratak. Foto: TVS

Antara pengisian menarik program ini termasuk demonstrasi permainan tradisional etnik Bidayuh, acara larian mendaki bung bratak “Nyikoh Bung Bratak” berpakaian etnik Bidayuh dan gotong-royong masakan tradisional Bidayuh.

Turut diadakan jualan produk tempatan, bengkel produk kesenian serta pameran dan jualan produk kraf tangan tempatan.

Untuk rekod, Pusat Warisan Bung Bratak telah menerima peruntukan RM8 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi pembinaannya yang memanfaatkan masyarakat setempat.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang, Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak, Banges Munga dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Sherrina Hussaini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan