Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, melihat plan pembesaran tanah kubur dan sistem perparitan Kampung Haji Baki. Foto: TVS

Dana RM200,000 naik taraf Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Baki

KUCHING, 3 Sept: Sejumlah RM200,000 diperuntukkan untuk projek menaik taraf Tanah Perkuburan Islam Kampung Haji Baki dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang berkata, sumbangan itu akan digunakan untuk kerja-kerja naik taraf bagi menembok tanah dengan lebih tinggi.

Menurutnya, tanah di kawasan perkuburan Kampung Haji Baki perlu ditembok dengan lebih tinggi akibat tanah di kawasan tersebut mendap sekiranya berlaku hujan lebat.

“Saya sudah berbincang dengan Setiausaha Masjid Darul Ehsan, Encik Lee untuk menambah dana sebanyak RM200,000.

“Ia bertujuan untuk menembok tanah kubur di mana tanah di kawasan ini akan menjadi mendap ketika hujan lebat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Gotong Royong Perdana Jiwa Murni anjuran Masjid Darul Ehsan, Kampung Haji Baki bersama Markas 1 Divisyen Kem Muara Tuang, hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan