Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni (dua,kanan) menyaksikan pertukaran MoU antara Westar Group dengan Sarawak Industrial Group of Humantarian Technology (SIGHT) semasa Sidang Puncak Minggu Sains Negara 2023 peringkat Sarawak di Pustaka Negeri, Kuching. Foto: TVS

Undang-undang karbon hasilkan impak positif kepada ekonomi – Hazland

KUCHING, 2 Sept: Tindakan Sarawak mengubal undang-undang berkaitan perdagangan karbon memberi nilai tambah terhadap pertumbuhan ekonomi negeri.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata usaha Sarawak itu susulan kesedaran dunia tentang isu perubahan iklim dan penjagaan alam sekitar menerusi penyimpanan karbon serta penggunaan sumber tenaga hijau.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni (dua, kanan) menerima cenderamata daripada wakil Agrobank ketika melawat gerai pameran pada Sidang Puncak Minggu Sains Negara 2023 peringkat Sarawak di Pustaka Negeri, Kuching. Foto: TVS

Menurutnya Sarawak yang mempunyai keluasan tanah lebih 12 juta hektar persegi dengan 62 peratus daripada masih dilitupi hutan mempunyai kelebihan dalam aspek perdagangan karbon.

Katanya, ketika ini nilai dagangan karbon adalah sekitar USD8 untuk satu tan matrik dan nilai itu akan meningkat bergantung kepada jenis dan kualiti karbon terlibat.

“Sekarang nilai karbon adalah USD8 per tan dan ia boleh meningkat kepada tertinggi USD120 pertan bergantung kepada kualiti karbon tersebut.

” Kualiti karbon ini bergantung kepada undang-undang dan peraturan kita, jenis perlesenan kita.

” Jadi Sarawak sudah awal-awal gubal undang-undang dan perlesenan dan sebagainya sekali gus membolehkan nilai karbon dari Sarawak menjadi sangat tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Puncak Minggu Sains Negara 2023 peringkat Sarawak di Pustaka Negeri di sini pada Sabtu.

Tambah Hazland, nilai dagangan karbon tersebut akan terus meningkat dari semasa ke semasa bergantung kepada pemintaan industri untuk simpanan karbon.

Tambahnya selain penyimpanan karbon, Sarawak juga sedang agresif dalam usahanya menghasilkan sumber tenaga hijau bagi mengekalkan kelestarian alam sekitar.

Antaranya penghasilan sumber tenaga dari hidrogen serta sumber-sumber yang boleh diperbaharui yang lain termasuk tenaga solar.

Malah Sarawak tegasnya mensasarkan untuk menjadi pengeluar bahan api hidrogen pada 2028.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan