Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika berucap dalam Majlis Perasmian Program Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Muzium Budaya Borneo, di sini, hari ini. Kredit: Zaim Zharfan (TVS)

Tiada hasrat guna mata wang sendiri, Sarawak tetap guna Ringgit Malaysia – Abang Johari

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 2 Sept: Sarawak tetap menggunakan Ringgit Malaysia (RM) dan tidak akan menggunakan mata wang sendiri, tegas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

Menurut beliau bayangan bahawa Sarawak mengeluarkan mata wang sendiri merupakan pandangan peribadi Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sahaja.

Namun Abang Johari menekankan perkara itu amat rumit untuk dilaksanakan serta memerlukan kajian mendalam.

“Itu hanya pandangan Nanta. Kita sudah mempunyai mata wang Malaysia, jadi kita akan kekal sahaja kepada mata wang tersebut,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Anti Scam Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Muzium Budaya Borneo, di sini, hari ini.

Pada Jumaat, Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam siaran podcast tempatan membayangkan Sarawak dalam memperkenalkan mata wang sendiri sebagai langkah dalam menyelesaikan keadaan ekonomi yang kurang baik.

Kenyataan beliau telah menimbulkan pelbagai reaksi dari semua pihak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan