Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa pokok tumbang berikutan taufan Saola yang melanda Hong Kong. Foto: Reuters.

Taufan Saola: Ratusan penerbangan, perniagaan dibatalkan

ByReuters

HONG KONG, 2 Sept: Ratusan penerbangan dibatalkan, manakala hampir 800,000 orang dipindahkan akibat taufan Saola yang melanda Hong Kong dan wilayah Guangdong di China.

Pada masa sama, taufan tersebut juga memaksa penutupan perniagaan, sekolah dan pasaran kewangan.

Taufan Saola: Hong Kong bersiap sedia

Pihak berkuasa telah memberi amaran angin berkelajuan kira-kira 125 mph itu bakal melanda di Guangdong.

Di seluruh Guangdong, 785,155 penduduk telah dipindahkan dari kawasan berisiko tinggi, manakala 13 bandar menangguhkan permulaan penggal persekolahan berikutan cuti musim panas.

Di Hong Kong pula, lebih 300 individu terkandas di lapangan terbang apabila kira-kira 460 penerbangan dibatalkan ketika bandar berpenduduk 7.5 juta orang itu menaikkan amaran taufan ke tahap tertinggi.

“Ia amat menyedihkan bagi saya kerana saya tidak dapat menghadiri majlis anak perempuan saya,” kata Ledenila Barizo, 54.

Dia yang sepatutnya terbang ke Filipina hanya meluahkan rasa sedihnya kepada pemberita di hadapan meja penerbangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan