Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika sidang media Malaysia Urban Forum (MUF) 2023. Foto: TVS

Sarawak tuan rumah Malaysia Urban Forum

KUCHING, 2 Sept: Sarawak dipilih menjadi tuan rumah penganjuran persidangan forum bandar yang terbesar di peringkat nasional kali kelima iaitu Malaysia Urban Forum (MUF) 2023.

Dengan tema ‘Memangkin Tindakan Transformatif Perbandaran Mampan dan Berdaya Tahan’ forum ini akan melibatkan lebih daripada 300 penceramah dan ahli panel daripada lebih 100 sesi persidangan terbuka.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, selaras dengan tema persidangan forum pada kali ini, MUF 2023 secara tidak langsung membuka ruang kepada pemegang taruh bagi mencari penyelesaian dalam menghasilkan pembangunan yang lebih mampan dan berdaya saing.

“Ia selaras dalam usaha untuk bertindak dengan lebih efektif dan transformatif agar untuk mencapai pembangunan yang mampan dan berdaya saing, khasnya untuk bandaraya-bandaraya di Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, persidangan ini juga akan menampilkan pelbagai aktiviti dan input menarik sepanjang penganjurannya selama lima hari dan ia terbuka dan percuma untuk orang ramai.

“Malaysia Urban Forum seringkali menampilkan kerangka persidangan yang unik di mana sesi-sesi diadakan secara serentak seperti berikut pelbagai bentuk perbincangan juga diadakan acara bandar dan kebudayaan (city events and cultural events).

“Di samping itu, diadakan juga lawatan teknikal dan juga mempamerkan projek legasi MUF akan dijalankan serentak selama lima hari.

“Kesemua sesi forum ini adalah inklusif dan terbuka kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk hadir secara percuma,” beliau berkata demikian kepada media sewaktu sidang media di Hotel Waterfront, Kuching pada Jumaat.

MUF 2023 merupakan salah satu acara di bawah Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka dengan kerjasama dari Urbanice Malaysia yang merupakan penganjur utama MUF 2023 serta Kerajaan Sarawak sebagai penganjur bersama.

Untuk rekod, persidangan forum ini akan berlangsung selama lima hari, bermula pada 4 hingga 8 November 2023 dan akan diadakan di dua lokasi iaitu di Pustaka Sarawak dan Hikmah Exchange Event Centre (HEEC), Kuching.

Majlis turut menyaksikan acara menandatangani poster pelancaran Bandar Kuching sebagai penganjur “Malaysia Urban Forum 2023” oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Turut hadir pada sidang media tersebut Datuk Bandar Kuching Utara, Hilmy Othman, Pengarah DBKU, Mohamed Khaidir Abang dan Timbalan Ketua Eksekutif Urbanice Malaysia, Dr Azmizam Abdul Rashid. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan