Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangan mangsa yang cedera dilibas parang oleh anak sendiri. Foto: Polis Lawas

Anak punyai masalah mental, libas bapa dengan parang hingga putus satu jari kiri

LAWAS, 2 Sept: Tidak cukup dipukul, seorang lelaki dilibas dengan parang anak lelakinya sendiri sehingga parah di bahagian muka dan tangan dalam kejadian yang berlaku di rumah mereka di Kampung Tunas Baru di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 65 tahun cedera parah di muka dan putus jari tangannya akibat amukan suspek berusia 37 tahun yang dipercayai mengalami masalah mental.


Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong. Foto: TVS

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong berkata, suspek bertindak memukul mangsa berkali-kali sehingga menyebabkan kecederaan parah dari dahi hingga ke hidung serta cedera pada tangan kiri serta putus satu jari kirinya.

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Lawas untuk mendapatkan rawatan dan akan dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk pembedahan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil siasatan awal katanya, suspek dipercayai menghidap penyakit mental telah ditahan dan kini direman empat hari sehingga Isnin ini bagi siasatan lanjut.

Jelasnya lagi, laporan polis telah dibuat oleh adik mangsa selepas dimaklumkan isteri mangsa.

“Isteri mangsa memaklumkan kepada adik iparnya bahawa suaminya telah dipukul menggunakan parang oleh anak lelaki mereka yang berusia 37 tahun,” kata Sila lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan