Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ditemui pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Sarawak di ibu pejabat PBB, di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Sarawak di ibu pejabat PBB, di Kuching, hari ini. Foto: Fiqri Razak (TVS)

Sarawak sedia bekerjasama dengan mana-mana syarikat minyak dan gas bangunkan industri – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 1 September: Kerajaan Sarawak terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana syarikat minyak dan gas dari luar yang berminat untuk di negeri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau setakat ini Sarawak bekerjasama dengan Petronas dan Shell bagi membangunkan industri minyak dan gas di rantau ini.

Sarawak sedia kerjasama dengan mana-mana syarikat minyak dan gas.

“Jadi, kita akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang melabur di Sarawak, termasuk Shell yang memang sudah lama berada di negeri ini.

“Shell akan terus melabur di perairan Sabah dan Sarawak dan mereka telah mengumumkan dalam kenyataan media baru-baru ini berhubung komited mereka terhadap industri minyak dan gas di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PBB Sarawak di ibu pejabat PBB, di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan Shell menyatakan hasrat untuk meneruskan pelaburannya dengan Sarawak susulan penggunaan teknologi baharu dalam industri minyak dan gas, di sini dan pada masa sama ia tidak memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

“Jadi, kita menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui di pelantar minyak sama ada tenaga solar ataupun tenaga angin. Oleh itu, ia tidak akan mencemarkan alam sekitar melalui proses tersebut,” katanya.

Menurut Abang Johari, Sarawak telah lama mengadakan kerjasama dengan Petronas sebagai syarikat Malaysia dan juga Shell yang telah memainkan peranan dalam industri minyak dan gas di negeri ini sejak tahun 1910.

Sebelum ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz menyatakan untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak untuk membangunkan sumber minyak dan gas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan