Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Singapura umum Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion bagi memberi kelegaan kepada isi rumah Singapura, terutamanya keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana. Foto,AFP.

Lebih 2.7 juta pengundi pilih Presiden ke-9 Singapura hari ini

ByBernama

SINGAPURA, 1 Sept: Lebih 2.7 juta rakyat Singapura hari ini akan memutuskan siapa antara tiga calon yang akan menjadi presiden kesembilan republik itu.

Tiga calon itu terdiri bekas Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan GIC Pte Ltd Ng Kok Song, bekas Ketua Pegawai Eksekutif NTUC Income Insurance Co-operative Ltd Tan Kin Lian dan bekas Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam.

Menurut laman sesawang Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD), Presiden ialah Ketua Negara dan memegang jawatan selama enam tahun

Presiden mempunyai dua peranan penting – sebagai simbol dan penyatu Singapura yang berbilang kaum serta sebagai penjaga rizab lampau Singapura dan integriti perkhidmatan awam.

Pilihan raya Presiden Singapura yang pertama diadakan pada 28 Ogos 1993.

Presiden Halimah Yacob yang bakal menamatkan tugasnya telah berkhidmat sebagai presiden kelapan Singapura sejak 2017.

Pada Mei lepas, Halimah yang juga presiden wanita pertama dalam sejarah Singapura mengumumkan beliau tidak bertanding semula.

Penggal perkhidmatannya tamat pada 13 Sept.

Pusat mengundi dibuka mulai pukul 8 pagi hari Jumaat dan ditutup pada 8 malam.

Sebanyak 1,264 pusat mengundi dibuka di seluruh negara dengan kira-kira 36, 000 pegawai pilihan raya ditugaskan di seluruh republik itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan