Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Penutupan Pertandingan Aneka Bola Sekolah-Sekolah Menengah Persendirian Cina peringkat Nasional Ke-10 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching malam ini. Foto: Bernama

Jangan politikkan pendidikan – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 1 Sept: Tiada keperluan untuk mempolitikkan pendidikan, tegas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Premier Sarawak berkata, tindakan itu hanya akan menimbulkan tindak balas serta tidak mampu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti kepada pelajar.

Sarawak iktiraf UEC, beri peluang rakyat bina kerjaya di negeri sendiri – Abang Johari

“Sebaik sahaja pendidikan dipolitikkan, maka akan timbullah reaksi politik. Kalau semua (perkara) politik, tidak jalanlah.

“(Ini berbeza jika) pendidikan dijadikan asas untuk meningkatkan taraf kehidupan, maka ia akan menjadi alat untuk kita bergerak ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Kejohanan Sukan Bola Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia ke-10 di sini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Sehubungan itu, Abang Johari menggesa semua pihak berhenti mempolitikkan sesetengah perkara kerana ia hanya mengundang reaksi yang tidak berkesudahan.

“Kemudian, negara akan jatuh. Kita mahukan Malaysia membangun dan untuk Sarawak, kita mahu terus membangun dan setakat ini di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS), semuanya baik sahaja,” ujarnya lagi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan