Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin (empat, kiri) bersama Menteri Tenaga Kerja Indonesia, Ida Fauziyah (tiga, kiri) memotong kek sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 di Jakarta anjuran Kedutaan Malaysia di Indonesia dan Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN malam tadi. Foto: Bernama

Indonesia yakin hubungan dengan Malaysia utuh di tengah cabaran global

ByBernama

JAKARTA, Sept 1: Menteri Sumber Manusia Indonesia Ida Fauziyah menyuarakan keyakinan hubungan dua hala Indonesia dan Malaysia akan tetap utuh di tengah situasi global yang dinamik dan mencabar.

Beliau percaya jalinan di sektor ekonomi, perdagangan dan pelaburan dapat terus ditingkatkan melalui komitmen bersama kedua-dua negara memperkukuhkan kerjasama merentasi pelbagai bidang.

“Malaysia adalah rakan dagangan kedua terbesar Indonesia dan menduduki tempat kelima dalam pelaburan pada 2022,” katanya di resepsi Hari Kebangsaan Malaysia ke-66 Khamis malam.

Kerjasama juga meluas ke peringkat sub-rantau melalui Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) and the Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP EAGA).

Lawatan pemimpin negara turut mengukuhkan hubungan dengan kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Januari dan lawatan Presiden Joko Widodo ke Putrajaya pada Jun, katanya.

Mengenai usaha meningkatkan perlindungan terhadap pekerja Indonesia di Malaysia, Ida Fauziyah menegaskan kerjasama erat sedang terus berjalan dan disambut baik oleh kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin gembira dengan tahap hubungan erat di peringkat kerajaan, ekonomi dan pelaburan serta antara rakyat setakat ini.

“Insya-Allah minggu depan Perdana Menteri akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 di Jakarta dan ini merupakan lawatan ketiga beliau ke Indonesia tahun ini,” katanya.

Acara resepsi anjuran kedutaan berlangsung meriah dihadiri lebih seribu tetamu termasuk bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla, ahli-ahli politik dan pemimpin lembaga pemerintah Indonesia, kor diplomatik, komuniti perniagaan, media, dan diaspora Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan