Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merakam kenangan bersama Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) ke-8, Hilmy Othman. Foto: Faitullah Morni

Hilmy Othman angkat sumpah sebagai Datuk Bandar DBKU ke-8

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 1 Sept: Bekas Timbalan Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS), Hilmy Othman mengangkat sumpah sebagai Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) yang kelapan hari ini di hadapan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Majlis berkenaan turut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki di Bilik Mesyuarat Utama Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia di sini.

Hilmy Othman angkat sumpah sebagai Datuk Bandar DBKU ke- 8.

Pada majis ringkas itu, Abang Johari turut menyaksikan simbolik penyerahan tugas oleh mantan Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan kepada Hilmy.

Beliau menggantikan Junaidi yang bersara pada 31 Ogos lalu setelah empat tahun menyumbang bakti.

Untuk rekod Hilmy pernah menggalas tugas sebagai Kaunselor Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) selama 11 tahun dan pada tahun 2016 telah dilantik sebagai Timbalan Datuk Bandar MBKS hingga 31 Ogos 2023.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Mantan Datuk Bandar DBKU ke -7 Datu Junaidi Reduan dan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan