Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mustapa Omar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif MPI baharu. Foto: MPI

Datuk Mustapa Omar, Ketua Pegawai Eksekutif MPI baharu

ByAkma Salleh

KUCHING, 1 SEPTEMBER: Malaysian Press Institute (MPI) mengumumkan Datuk Mustapa Omar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu berkuatkuasa hari ini, 1 September 2023.

Menerusi kenyataan MPI, pelantikan beliau adalah bagi menggantikan tempoh perkhidmatan Datuk Dr. Chamil Wariya yang berakhir pada 30 Jun 2023 lalu.

Untuk rekod, Mustapa mempunyai pengalaman lebih 33 tahun dalam bidang kewartawanan memulakan kerjaya awal di Berita Harian dan bersara pada 2017 dengan jawatan terakhir sebagai Pengarang Kumpulan Harian Metro.

“Pihak pengurusan MPI yakin dengan pengalaman, kepakaran dan kreadibiliti beliau mampu memperkasakan lagi tadbir urus dan meneruskan kecemerlangan MPI,”

“MPI mewakili Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan Ahli Majlis Pentadbiran merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada sumbang bakti selama 16 tahun Datuk Dr. Chamil sepanjang beliau menerajui MPI sebagai Ketua Pegawai Eksekutif,” menurut kenyataan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan