Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Envato

COVID-19: Qatar kesan kes pertama varian baharu EG.5

ByBernama

DOHA, 1 Sept: Qatar mengesan kes pertama varian baharu COVID-19 dikenali EG.5 di negara itu, kata Kementerian Kesihatan Awam pada Khamis.

Jumlah sebenar jangkitan tidak dinyatakan namum kementerian itu berkata kes jangkitan menunjukkan simptom ringan dan tidak memerlukan kemasukan ke hospital.

Kementerian berkenaan sedang memantau dengan teliti situasi epidemiologi berhubung subvarian COVID-19 baharu itu, lapor Xinhua.

EG.5 ialah sub-varian Omicron XBB.1.9.2. dan kes pertama berkaitan EG.5 dilaporkan pada Februari.

Pada 9 Ogos, Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkannya sebagai “variant of interest”, namun menyatakan bahawa varian itu hanya menimbulkan risiko rendah kepada kesihatan awam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan