Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 48 individu dibawa ke Balai Polis Sibu Sentral untuk tujuan dokumentasi dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan awal pagi Khamis. Foto: BSPT IPD Sibu.

Remaja lelaki lakukan aksi ‘wheelie’ ditahan di Sibu

SIBU, 31 Ogos: Seorang remaja lelaki ditahan selepas dikesan menunggang motosikal dengan melakukan aksi berbahaya di Jalan Awang Ramli Amit, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, remaja itu merupakan antara tiga lelaki berusia 18 hingga 21 tahun yang disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan nombor plat pendaftaran palsu.

“Hasil daripada Operasi Bersepadu Samseng Jalanan itu, seorang lelaki yang didapati melakukan aksi menunggang motosikal dengan mengangkat tayar depan manakala dua lagi dikesan menggunakan plat pendaftaran palsu.

“Dalam operasi sama, sebanyak 19 buah motosikal ditahan untuk tujuan dokumentasi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli berkata, tindakan saman atas pelbagai kesalahan telah diambil dalam operasi selama lebih lima jam itu.

“Antara kesalahan yang dikesan ialah seperti kesalahan tiada lesen memandu, ubah suai struktur, tiada cermin sisi, plat nombor fancy, lesen kenderaan tamat tempoh dan tidak pamer pelekat ‘P’,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, menerusi operasi sama, lima wanita merupakan antara 48 individu yang diperiksa dan dibawa ke Balai Polis Sibu Sentral untuk tujuan dokumentasi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan