Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Dato Henry Harry Jinep memotong riben sempena Majlis Pra Perasmian Bangunan Pejabat Daerah Bau. Foto: TVS

Premier Sarawak dijadual rasmi bangunan baharu Pejabat Daerah Bau

BAU, 31 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka akan menyempurnakan majlis perasmian bangunan baharu Pejabat Daerah Bau.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep berkata, pejabat itu yang siap dan sudah beroperasi pada Julai lalu dibina dengan kos RM7.5 juta melibatkan dua fasa.

Kata beliau, Kerajaan Sarawak sebelum ini bersetuju untuk mengantikan bangunan lama yang berusia 93 tahun dan tidak mampu untuk menampung perkhidmatan pentadbiran daerah yang menyeluruh.

“Dulu kalau kita singgah di pejabat lama, susah mahu dapat tempat duduk, masuk ke bilik mesyuarat pun payah sebab ruang terhad.

“Jadi hari ini sudah nampak satu bangunan yang berdiri megah di atas Bukit Bau ini sebagai satu mercu tanda baharu sempena Sarawak merdeka 60 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra Perasmian Bangunan Pejabat Daerah Bau yang baharu di sini malam tadi.

Henry berkata, bangunan pejabat daerah itu mengambil inspirasi motif corak yang digunakan oleh masyarakat Bidayuh.

“Kewujudan bangunan ini merupakan manifestasi kemajuan yang dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat terutama di Bau yang mempunyai dua kawasan parlimen dengan empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

Bangunan baharu itu kini dapat menyediakan perkhidmatan pentadbiran daerah yang efisyen kepada 72,000 penduduk Bau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan