Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa dibawa naik ke jeti oleh pasukan bomba dan identiti mangsa telah disahkan oleh ahli keluarga. Foto: BBP Sibu Sentral

Mayat lelaki OKU ditemui terapung berhampiran Esplanade Sibu

SIBU, 31 Ogos: Mayat dipercayai seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang terjatuh ke dalam Sungai Rajang di Esplanade Sibu pada Selasa dijumpai berhampiran lokasi kejadian pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Penguasa Kanan Bomba Andy Alie berkata, mayat Moses Yong Jia Wan, 22, ditemui terapung oleh pasukan bomba kira -kira lima meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjun pada 10.17 pagi kelmarin.

Katanya, mayat dibawa naik ke Jeti Penumpang Lembaga Sungai-Sungai Sarawak Sibu dan pengesahan identiti dilakukan oleh ahli keluarganya.

“Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.Berikutan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari ketiga ditamatkan pada 11 pagi,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili ketika dihubungi mengesahkan satu laporan polis berhubung penemuan mayat itu diterima pihaknya.

Tambahnya, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR).

Dalam kejadian 5.15 petang Selasa lalu, abang mangsa yang juga saksi kejadian memaklumkan adiknya tiba-tiba berlari ke arah sungai dan terus terjun.

Abangnya memberitahu bahawa dia melihat adiknya terkapai-kapai sebelum tenggelam ke dalam sungai. -TVS

Tags: bomba, mayat, oku, sibu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan