Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar (kiri), Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kanan) ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Sarawak di Dewan Serbaguna Politeknik Mukah, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Kerajaan GPS sedia terima kritikan membina – Abang Johari

ByHafeezzur Muzamir

MUKAH, 31 Ogos: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengakui Kerajaan Sarawak yang ditadbir Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak sempurna malahan tidak terlepas melakukan kesalahan seperti manusia biasa.

Namun beliau yang juga Pengerusi GPS memberi jaminan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya akan melakukan yang terbaik.

Lawatan ke Eropah langkah berani Sarawak teroka ekonomi baharu – Abang Johari

“Sebagai Premier (Sarawak) yang disokong oleh rakan-rakan dalam kabinet kerajaan, saya beri jaminan akan terus berusaha melakukan yang terbaik untuk Sarawak dan rakyatnya.

“Kami (juga) terbuka kepada kritikan asalkan ia membina,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Sarawak di Politeknik Mukah, hari ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah serta Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Sementara itu Abang Johari memberitahu, tumpuan Sarawak di bawah pentadbiran GPS ialah ke arah memperkasakan ekonomi hijau dan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui.

“Ini akan menjadi tonggak utama kekuatan ekonomi negeri ini sehingga 2030 dan pada era seterusnya,” katanya.

Mengenai pengiktirafan diterima Sarawak sebagai negeri berpendapatan tinggi oleh Bank Dunia baru-baru ini, Abang Johari meminta rakyat tidak cepat berpuas hati kerana pendapatan isi rumah sebanyak RM4,978 pada 2022 masih belum menyamai tahap nasional.

“Saya amat berharap dengan perkembangan ekonomi Sarawak yang amat memberangsangkan pada kadar pertumbuhan 6.5 peratus pada 2022, rakyat kita berpeluang untuk meningkatkan pendapatan sekali gus memperbaiki kedudukan ke-10 pendapatan isi rumah negeri ini berbanding nasional pada RM6,388,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan