Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berucap pada Majlis APC Tahun 2022, IPG Kampus Rajang, semalam. Foto: TVS

33 buah sekolah di Sarawak terima peruntukan naik taraf tahun ini

SIBU, 31 Ogos: Kerajaan Sarawak dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa bekerjasama untuk menyelesaikan isu pendidikan di Sarawak terutamanya membabitkan masalah sekolah daif.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, kerjasama erat itu menyaksikan sebanyak 33 buah sekolah di Sarawak pada tahun ini menerima kelulusan untuk projek naik taraf dan pembinaan bangunan gantian dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Tambah beliau, kerajaan juga telah meluluskan 147 projek baik pulih bangunan daif dengan peruntukan projek RM1 bilion di Sarawak.

“Selain itu, saya juga akan terus berusaha untuk mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Sarawak untuk membantu Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang yang terletak di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Meradong.

“Ini supaya dapat memberi manfaat kepada para siswa pendidik (guru pelatih) kita,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2022, IPG Kampus Rajang, semalam.

Turut hadir Pengarah IPG Kampus Rajang, Yahya Sedik.

Sementara itu, beliau turut menyarankan warga pendidik agar memahami pelbagai dasar kerajaan serta bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan pembangunan Sarawak dapat dilaksanakan dengan lancar.

Kuong Hiing turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah dan beliau berharap ia akan menjadi inspirasi kepada semua warga IPG Kampus Rajang untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan