KUCHING, 30 Ogos: ‘Supermoon’ atau fenomena bulan penuh yang kelihatan lebih besar dan terang berikutan kedudukannya paling hampir dengan bumi berbanding biasa dijangka muncul selepas matahari terbenam pada 7.10 malam esok dari ufuk timur.
Rakyat Malaysia dijangka dapat melihat fenomena ini dengan jelas di kawasan masing – masing sekiranya tiada gangguan cuaca seperti hujan serta awan tebal.
Fenomena ini merupakan antara fenomena bulan penuh terbesar dan paling terang pada 2023.
Bagaimanapun, ia tiada kaitan dengan warna namun sejak 1940-an lazimnya dirujuk sebagai yang kedua daripada dua bulan penuh, jatuh dalam satu bulan kalendar.
Oleh itu, bulan penuh yang dijangka pada hari ini ditakrifkan sebagai fenomena bulan penuh yang kedua berlaku pada Ogos. Sebelum ini, fenoma yang pertama, bulan Sturgeon berlaku pada 1 Ogos lalu.
Fenomena bulan penuh ini terjadi apabila lokasi bulan berada lebih dekat dengan bumi.
Menurut In The Sky, Supermoon pada waktu ini masih belum lagi muncul dalam bentuk paling besar dan terang.
Saat tepat bulan penuh berlaku adalah apabila ia berada 180 darjah dari matahari, sepenuhnya bertentangan dengan bintang di langit di atas bumi.
Menurut NASA, untuk Supermoon tahun ini, bulan akan berada bertentangan matahari pada 9.36 malam, Rabu, 30 Ogos (3.36 pagi pada 31 Ogos , waktu Malaysia).
Pada ketika ini, ia akan berada dalam buruj Aquarius. Supermoon ini dijangka terbenam pada Khamis sejurus matahari terbit sekitar 6.46 pagi.
Difahamkan bukan semua Supermoon adalah luar biasa, namun fenomena yang diramal malam ini akan menyaksikan kedudukan bulan paling hampir dengan bumi sejak kejadian sama pada 1948.
Bulan penuh pada 14 November tahun ini adalah yang paling dekat dengan bumi pada abad ke-21 ini. Ia tidak akan sehampir ini dengan bumi lagi sehingga 25 November 2034 nanti,- TVS