Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Noorlibeyena Rosli bersama ahli keluarganya ketika hadir pada Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Sarawak di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah, hari ini. Foto: Hafeezzur Muzamir (TVS)

Sambutan Ambang Merdeka peringkat Sarawak meriah

ByHafeezzur Muzamir

MUKAH, 30 Ogos: Dataran Pehin Setia Raja, Mukah gamat dengan kehadiran ribuan pengunjung pada malam Sambutan Ambang Merdeka 2023 yang berlangsung sejak 8 malam tadi.

Dataran itu yang menjadi antara lokasi Sambutan Hari Kebangsaan 2023 peringkat Sarawak pada esok hari dipenuhi pengunjung tempatan daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk kanak-kanak serta pelancong asing.

Para pengunjung yang hadir dihiburkan dengan persembahan oleh artis tempatan Sarawak yang menyanyikan lagu pelbagai genre dalam pelbagai bahasa.

Tinjauan TVS mendapati cuaca yang baik membolehkan pengunjung memenuhi dataran itu.

Seorang pengunjung, Denny Robert sanggup datang dari Kuching untuk melihat acara pada malam ini kerana tidak mahu terlepas peluang merakam detik bersejarah sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66.

“Saya pulang ke kampung halaman saya di Mukah untuk melihat acara ini kerana perayaan ini adalah penting bagi rakyat Malaysia.

“Saya sangat gembira dan bangga melihat pelbagai etnik dalam kalangan rakyat Sarawak hadir memeriahkan sambutan ini,” katanya

Sementara itu bagi Noorlibeyena Rosli pula, walaupun keadaan sesak dan tempat letak kenderaan terhad, dia tetap hadir bersama ahli keluarga kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan acara pada malam ambang kemerdekaan.

“Peluang ini tidak harus dilepaskan memandangkan bukan selalu Mukah dipilih untuk anjurkan acara sebegini,” ujarnya.

Senada dengannya, anak perantau dari Kelantan, Mohd Abd Rahman yang turut hadir bersama ahli keluarganya bagi merasai kemeriahan acara berkenaan di Sarawak.

“Bagi saya, acara pada malam ini meriah lebih-lebih lagi dengan adanya pertandingan Ratu Kebangsaan Sarawak Mukah dan juga persembahan kebudayaan.

“Suasana pada malam ini memang terkawal dan kita boleh lihat kemeriahan pada acara malam ini dapat dirasai oleh semua peringkat dari kanak-kanak hingga dewasa,” katanya.

Turut berlangsung pada acara itu ialah Ratu Kebangsaan Sarawak 2023.

Antara yang hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan Menteri di Pejabat Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak) Datuk Abdullah Saidol dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Acara itu berakhir tepat 11 malam dengan pertunjukan bunga api.

Untuk rekod, Sambutan Ambang Merdeka 2023 diadakan secara serentak di sembilan negeri pada masa yang sama.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan