Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa khemah utama untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Negeri Perak Darul Ridzuan yang akan disambut esok runtuh dan berselerak akibat angin ribut yang melanda ketika tinjauan FotoBernama di pekarangan Stadium Indera Mulia petang ini. Foto Bernama.

Ribut jejas persiapan sambutan Hari Kebangsaan di Perak

ByBernama

IPOH, 30 Ogos: Persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perak di pekarangan Stadium Indera Mulia, di sini, esok, terjejas akibat kejadian ribut menyebabkan kerosakan khemah tetamu , pentas utama dan kerusi diterbangkan angin kencang, petang tadi.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, yang ditemui di lokasi kejadian, berkata ketika ini pelbagai agensi ditugaskan untuk memperbaiki kerosakan supaya sambutan tetap berlangsung  seperti dijadualkan pagi esok.

“Kita terima maklumat melalui pusat kawalan daerah kira-kira jam 5 45 petang beberapa kawasan di Sungai Senam termasuk di kawasan stadium ini dilanda ribut.

“Tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, hanya laporan pokok tumbang dan persiapan sambutan ini juga terjejas,” katanya.

Katanya, kerosakan melibatkan khemah utama dan khemah tetamu yang tumbang dan tiang lampu turut rebah.

Yahaya berkata setakat ini petugas agensi termasuk bomba, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awan Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Majlis Bandaraya Ipoh, pejabat daerah dan polis bertungkus lumus memperbaiki kerosakan untuk sambutan yang akan bermula seawal pagi esok.

Katanya, pihak polis turut bertindak pegawai operasi bencana bagi kejadian berkenaan.

“Insya-Allah kita akan pastikan sambutan esok akan tetap berjalan dengan kerjasama semua yang membantu ketika ini,” katanya.

Terdahulu, tular  gambar-gambar dan video yang dikongsi netizen di media sosial kejadian ribut di kawasan Ipoh dan Kinta yang menyebabkan pokok tumbang termasuk di lokasi persiapan sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri di perkarangan Stadium Indera Mulia.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dijadualkan berangkat ke sambutan tersebut.

Sementara itu,Perarakan dan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini akan tetap diteruskan esok, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan