Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain. Foto Bernama.

Pegawai kanan polis antara tiga ditahan SPRM – Ketua Polis Negara

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Seorang pegawai kanan dan dua anggota polis ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Muar, Johor.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika mengesahkan perkara itu, berkata perincian lanjut mengenai penahanan mereka akan dibuat oleh Ketua Polis Johor.

“Saya sahkan penahanan mereka namun perincian penuh boleh dapatkan daripada Ketua Polis Negeri Johor (Datuk Kamarul Zaman Mamat),” katanya ringkas kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad ketika dihubungi berkata JIPS akan membuka kertas siasatan selari seperti biasa berhubung tangkapan oleh SPRM itu

Sementara itu, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat, dalam satu kenyataan berasingan, mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis, semalam.

Dalam kenyataan ringkas itu, beliau berkata siasatan selari antara JIPS bersama SPRM sedang dijalankan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan