Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Razimah Siden (kiri) dan Jamahari Susai (kanan) ketika ditemui TVS di sekitar gerai makanan di sekitar Pasar Tamu Mukah, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Impak kemerdekaan beri limpahan ekonomi kepada warga Mukah

ByHafeezzur Muzamir

MUKAH, 30 Ogos: Kepesatan pembangunan di Mukah disifatkan sebagai memberangsangkan apabila negara mengecapi kemerdekaan dan mempunyai kuasa penuh untuk menentukan hala tujunya sendiri sejak 66 tahun yang lalu.

Pembangunan terutamanya dari aspek infrastruktur telah memberikan tempias yang positif kepada penduduk yang kini boleh menarik nafas lega apabila mempunyai pendapatan yang semakin baik hasil daripada limpahan ekonomi daripada pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Berpeluang bertemu dengan penduduk di Mukah, rata-rata meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada kerajaan terhadap nikmat pada hari ini.

Peniaga gerai makanan, Razimah Siden,48, berkata, terdapat perubahan drastik terutamanya kemudahan insfrastruktur sepanjang sedekad lalu.

“Sejak saya duduk di sini sejak lebih 23 tahun lepas, kawasan ini pesat membangun.

“Dahulu kawasan ini sebahagian besarnya hutan, kini sudah disediakan pelbagai fasiliti untuk rakyat.

“Menerusi pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan, saya dapat mencari sumber pendapatan melalui perniagaan gerai makanan untuk menyara anak-anak,” katanya.

Pesara kerajaan, Jamahari Susai, 82, pula memberitahu bahawa kemerdekaan yang dikecapi telah membawa perubahan besar kepada rakyat Sarawak terutamanya dalam menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik berbanding zaman kolonial British.

“Sekarang ini jauh lebih baik berbanding dulu. Zaman sebelum merdeka, bayangkan kami kerja sukat kayu balak dibayar gaji RM1.70 untuk sehari.

“Saya terpaksa berhijrah ke Brunei untuk cari perkejaan lain pada ketika itu, namun apabila negara sudah mengecapi kemerdekaan, saya pulang ke tanah air kerana peluang kerja mula wujud,” katanya.

Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan, Jamahari mengajak rakyat Sarawak terutamanya warga Mukah untuk meraikannya sebagai tanda kesyukuran terhadap segala yang dinikmati pada hari ini.

Selain itu, dengan meraikannya, ia juga sebagai menunjukkan tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan pejuang serta pemimpin terdahulu dalam memerdekakan negara daripada penjajah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan