KUCHING, 30 Ogos: Episod keempat rancangan realiti Crocodile Byte di TVS semakin mendebarkan apabila peserta terus diuji dengan elemen perniagaan yang mencabar mereka.
Dua peserta yang akan membentangkan idea mereka adalah Pengasas Timogah.com iaitu Heineken dan Airgro.
Panel juri pula terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan merangkap pengasas bersama Konsortium Bumi Consultants and Services Sdn. Bhd. (KBCS) Dato Ir. Janang Bungsu, pengasas iCube Innovations, Dato Patrick Liew Chin Joon dan Ketua Pegawai Eksekutif Karuna Sarawak, Melvin Ong serta Ehon Chan dari Ehon Chan Consulting.
Ingin tahu apakah inovasi yang akan dijual oleh dua peserta ini kepada juri?
Jangan lupa tonton episod keempat Crocodile Byte pada 4 September ini pukul 8.45 malam di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. -TVS