Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamad Jusoh Ismail (tengah) beramah mesra bersama banduan dan ahli keluarga yang dibebaskan hari ini menerusi program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani: Kepulangan Yang Dinanti di Penjara Reman Pulau Pinang di George Town. Foto: TVS

Banduan reman gembira ‘merdeka’ lebih awal menjelang 31 Ogos

GEORGE TOWN, 30 Ogos: Seramai 16 Hari Kebangsaan Penjara Reman Pulau Pinang di sini bertuah apabila dibebaskan lebih awal menerusi program Pembebasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan Madani: Kepulangan Yang Dinanti hari ini.

Salah seorang daripada mereka, Rashid (bukan nama sebenar) menyuarakan kegembiran apabila dibebaskan sehari sebelum hari kelahirannya ke-49 serentak dengan tarikh Hari Kebangsaan esok.

Rashid yang ditahan sejak lapan bulan lalu dan sepatutnya dibebaskan pada Oktober depan berkata, dia berjanji tidak akan mengulangi aktiviti penyalahgunaan dadah dan mahu membina kehidupan baharu.

“Saya rasa seronok dan berterima kasih kepada pihak penjara kerana bagi saya bebas berlesen untuk pulang kepada keluarga.

“Saya tidak sangka akan dipilih atas budi baik pihak penjara dan saya nak berhenti (terlibat dadah) dan mahu bekerja,” katanya kepada pemberita hari ini.

Seorang lagi banduan, Rizal (bukan nama sebenar), 30-an, yang dipenjara atas kesalahan berkaitan dadah berkata, kehidupan di sebalik tirai besi banyak membentuk dirinya menjadi manusia yang lebih baik namun menjalani hidup bebas di luar jauh lebih bermakna buat dirinya.

Sementara itu, Pengarah Penjara Reman Pulau Pinang, Mohamad Jusoh Ismail berkata, seramai 16 banduan berusia antara 30 hingga 60 tahun dibebaskan lebih awal hari ini menerusi program PBSL sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-66.

“Selain dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga, orang bebas berlesen (OBB) tersebut juga ditempatkan bersama pihak industri melalui program Corporate Smart Internship (CSI) sehingga selesai tempoh hukuman dengan jaminan pekerjaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan