Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abang Johari berharap agar Malaysia dan Sarawak terus stabil dan makmur sempena Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini. Foto Facebook Sarawakku.

Abang Johari luahkan harapan Malaysia dan Sarawak terus stabil dan makmur

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 30 Ogos: Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melahirkan harapan agar Malaysia akan terus stabil, maju, aman dan makmur sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 tahun ini.

Premier Sarawak itu pada masa sama turut berharap Sarawak yang merupakan wilayah membentuk Malaysia juga akan mengalami transformasi dan seterusnya mencapai hasrat berpendapatan tinggi menjelang 2030 seperti yang diimpikan oleh semua rakyatnya.

“Dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan” sama-sama kita mendoakan agar Malaysia terus stabil, maju, aman dan makmur,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini.

Sementara itu, Abang Johari turut menekankan bahawa semangat perpaduan pelbagai kaum yang menjadi tonggak pembentukan Malaysia bermula dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dan diikuti oleh penggabungan Malaya, Sarawak dan Sabah pada 16 September 1963 untuk membentuk Persekutuan Malaysia hendaklah terus diperkukuhkan.

“Pada tahun ini Mukah telah dipilih sebagai pusat perayaan yang diadakan serentak dengan sambutan pada peringkat kebangsaan yang berpusat di Putrajaya.

“Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, saya mengajak seluruh rakyat Malaysia, khususnya anak Sarawak untuk memastikan agar kita terus bersatu padu tidak mengira bangsa dan agama sejajar dengan semangat “Segulai, Sejalai” yang menjadi pegangan rakyat di Bumi Kenyalang,” katanya.

Abang Johari turut berdoa agar negara ini terus dipelihara oleh Allah SWT dengan kebaikan dan kemakmuran yang berterusan serta dipermudahkan urusan pembangunan dan seterusnya mencatat kejayaan gemilang.

“Kita sama-sama berdoa agar impian para pemimpin kemerdekaan negara yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj, Bapa Kemerdekaan Malaysia untuk membentuk sebuah yang maju dan makmur berlandaskan perpaduan kaum tidak disia-siakan,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan