Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah hadir mempengerusi Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat Negeri Sarawak hari ini. Foto TVS.

Kerajaan Sarawak terima cadangan tubuhkan DUN Sarawak versi belia

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 29 Ogos: Kerajaan Sarawak menerima cadangan penubuhan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak atau Dewan Belia daripada golongan berkenaan di negeri ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, konsep Dewan Belia itu adalah seperti Parlimen Belia Malaysia.

“Cadangan itu dan usul-usul lain yang dikemukakan oleh belia di Sarawak adalah sangat baik kerana mencerminkan kematangan pemimpin belia pada masa kini.

“Usul yang dikemukakan itu perlu diperhalusi oleh kerajaan dan badan yang menjaga belia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak Sidang 1, Penggal ke-34 di sini hari ini.

Menurut Abdul Karim, kerajaan dan badan berkenaan akan melihat usul-usul tersebut dan sekiranya sesuai akan diusahakan perlaksanaannya.

Sementara itu beliau berkata, golongan belia masa kini lebih bersemangat untuk terlibat dalam program yang dianjurkan berbanding sebelum ini.

“Ini dapat dilihat berdasarkan sambutan baik yang diberikan oleh mereka terhadap program jelajah belia baru-baru ini,” katanya.

Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Sarawak kali ini menyaksikan lebih 80 orang anggota daripada pelbagai agensi kerajaan, persatuan dan pemimpin belia hadir. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan