Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuil di Batur, Kintamani, Bali turut terjejas akibat gempa bumi berukuran 7.1 magnitud namun tiada kerosakan akibat gegaran itu. Foto: David Andreas (TVS)

Gempa bumi kuat bermagnitud 7.1 berlaku di Laut Bali, Indonesia

ByTVS

BALI, 29 Ogos: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud menggegarkan wilayah Laut Bali, 200 Kilometer sebelah utara Kintamani, Bali, Indonesia.

Gempa bumi yang berlaku pada jam 3.55 pagi waktu tempatan itu dirasai selama 15 saat dengan kuat sehingga mencetuskan kepanikan yang ingin menyelamatkan diri.

Berdasarkan maklumat Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, pusat gempa dirasai pada kedalaman 516 kilometer dari daratan.

Menurut Ketua Pusat Gempa dan Tsunami BMKG, analisis mekanisme sumber Dr Daryono menunjukkan bahawa gempa bumi itu mempunyai mekanisme gabungan iaitu pergerakan mendatar dan ke bawah (Oblique Normal).

“Gempa bumi di bahagian utara Lombok ini adalah sejenis gempa bumi dalam (Deep Focus) akibat tarikan extensional Lempeng Australia ke bawah kerana pengaruh graviti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gegaran susulan berkekuatan 6.6 magnitud dan 5.2 magnitud turut terjadi selepasnya.

Bagaimanapun, tiada ancaman Tsunami walaupun pusat gempanya berdekatan dengan pantai.

Setakat ini, tiada kerosakan dilaporkan oleh Badan Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) akibat gempa bumi itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan