Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan Envato.

Bayi lelaki ditemukan di luar pusat tahfiz

ByBernama

JERTIH, 29 Ogos: Seorang bayi lelaki yang cukup sifat ditemukan di atas wakaf luar pagar sebuah pusat tahfiz dekat Kampung Batu Tumbuh, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, bayi itu ditemukan orang awam yang sedang mengecat pusat tahfiz berkenaan pada pukul 8 pagi tadi.

“Semasa lelaki itu melakukan kerja-kerja mengecat di dalam pusat tahfiz berkenaan, dia terdengar jeritan suara bayi. Pengadu kemudiannya mengikuti suara dan terjumpa bayi lelaki yang berbungkus dengan kain merah diletakkan di dalam bekas plastik juga berwarna merah di wakaf luar pagar pusat tahfiz.

“Pengadu terus menghubungi balai polis. Pengadu juga mengatakan tidak nampak sesiapa yang meletakkan bayi itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bayi seberat 2.6 kilogram yang dalam keadaan cukup sifat itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh sekitar 48 jam.

“Bangsa tidak dapat dipastikan, dan semasa diterima tali pusat bayi masih belum di potong. Ia hanya disimpulkan serta terdapat jangkitan kuman pada tali pusat bayi itu,” katanya dan menambah bayi itu telah dibawa ke Hospital Besut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan, dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nur Izzati Arina Zahari dengan menelefon 09-695 9999. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan