Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San. Foto: TVS

Sembilan individu diberkas kes dera bayi lelaki hingga maut

BUKIT MERTAJAM, 28 Ogos: Polis menahan sembilan individu di sekitar Seberang Perai di sini bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang bayi lelaki berusia setahun dipercayai akibat didera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, pihaknya sebelum itu menerima laporan kematian mangsa daripada pihak Hospital Seberang Jaya kira-kira pukul 7 malam pada Sabtu.

Katanya, pihak hospital memaklumkan menerima pesakit bayi lelaki warga tempatan berusia setahun yang mempunyai kesan dera dan disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan, mangsa dibawa oleh seorang lelaki (suspek) bangsa tidak pasti berusia 30-an yang mengatakan si mati pengsan dan memerlukan rawatan.

“Suspek kemudian beredar dan meninggalkan kawasan hospital,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cheng San berkata, susulan kejadian itu, pihaknya semalam menahan empat lelaki dan lima perempuan warga tempatan berumur 16 hingga 48 tahun bagi membantu siasatan.

“Salah seorang daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau.

“Mereka dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam (hari ini) untuk direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan