Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah (duduk) menyantuni seorang gelandangan berbangsa Cina warga tempatan yang ditemui kawasan Waterfront Kuching. Foto: TVS

Operasi Bersepadu Cerapan Gelandangan kumpul maklumat gelandangan tempatan

KUCHING, 27 Ogos: Operasi Bersepadu Cerapan Gelandangan bertujuan mengumpul maklumat terutama berkaitan lokasi dan tahap kesihatan gelandangan tempatan di sekitar bandaraya Kuching.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah operasi itu pertama kali diadakan tahun ini membabitkan Jawatankuasa Pengurusan Gelandangan Sarawak (JPGS) yang diketuai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak bersama 11 agensi kerajaan lain.

Katanya, antaranya Pejabat Residen Kuching, Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

“Golongan gelandangan tetap diberikan perhatian kerajaan negeri seperti yang telah digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

“Kalau kita tidak beri perhatian, akan ada isu-isu lain yang timbul iaitu aspek kebersihan, aspek keselamatan, aspek kesihatan dan juga dari segi aspek kepedulian masyarakat terhadap kumpulan rentan seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat Operasi Bersepadu Cerapan Gelandangan yang diadakan di hadapan Pusat Membeli Belah Majmall malam tadi.

Fatimah turut meluangkan lebih dua jam berjalan kaki di beberapa kawasan sekitar Waterfront Kuching menyantuni golongan gelandangan yang ditemui di tiga kawasan berbeza.

Operasi malam tadi dibahagikan kepada empat kumpulan  meliputi beberapa kawasan termasuk di Lebuh Java, Waterfront Kuching, Lebuh India dan Saujana, Taman Jubli, Bandar Baru Samariang dan bangunan hadapan pejabat AADK dan sekitar kawasan Satok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan