Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Laksa Sarawak antara hidangan menu Aloft Kl Sentral, hotel rasmi hari kelima KLFW 2023. Foto: Envato

Laksa Sarawak antara hidangan utama Aloft KL Sentral

ByCheryl Syahmina Toh

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Makanan warisan di Bumi Kenyalang, Laksa Sarawak merupakan antara hidangan yang digemari ramai di Hotel Aloft KL Sentral.

Pengarah Bahagian Jualan dan Pemasaran hotel berkenaan, Joyce Wong berkata, sambutan terhadap hidangan ikonik di Sarawak itu sudah dijangka memandangkan majoriti pengunjung di situ berasal dari negeri itu.

 

Rooftop Aloft KL Sentral di tingkat 30 bangunan hotel.

“Aloft merupakan hotel yang berkonsepkan keluarga. Oleh itu apabila kami memperkenalkan menu ini, tetamu yang berasal dari Sarawak atau menetap di Semenanjung Malaysia akan berasa lebih dekat dengan kampung halaman mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS pada Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2023) Sabtu lepas.

Sementara itu Joyce memberitahu, Aloft Kl Sentral yang menjadi hotel rasmi KLFW 2023 pada hari kelimanya juga tidak terkecuali dengan tema kelestarian yang dipilih sempena penganjungan edisi ke-11 acara itu.

Antara yang dilaksanakan ialah polisi no straw untuk tetamu serta mengelakkan pembaziran dalam pertukaran linen di hotel.

“Bertemakan konsep farm to table, pelbagai menu kami selaras untuk menyokong petani tempatan,” tambahnya.

KLFW 2023 yang merupakan acara fesyen tahunan terkenal di Malaysia berlangsung pada 21 hingga 28 Ogos di tujuh lokasi berbeza di sekitar ibu negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan