Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Krian, Friday Belik ketika menyempurnakan penyampaian insentif daripada KRIS kepada salah seorang penerima semasa Majlis Makan Malam Gempuru KRIS di Kota Samarahan pada Ahad. Foto:TVS

Kecepatan projek pembangunan bergantung kepada agensi teknikal

KOTA SAMARAHAN, 28 Ogos: Projek pembangunan yang berlebihan sehingga meningkatkan jumlah kerja kepada agensi pelaksana juga boleh menyumbang kepada faktor kelewatan projek.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, sesuatu kecepatan kerja yang dilaksanakan bergantung kepada agensi teknikal merangkumi pelbagai aspek.

Melihat kepada perkembangan di Samarahan, katanya, projek pembangunan telah dirancang dan dilaksana dalam tempoh lama.

“Kecepatan kerja – kerja itu dilaksanakan bergantung kepada agensi teknikal, jika kita perhatikan kawasan pembangunan seperti di Samarahan, ia sudah lama dilaksanakan tetapi dari segi kapasiti agensi mereka ada masalah, kurang projek salah, apabila banyak projek pula tidak mampu untuk laksanakan,” katanya.

Mengulas lanjut, di Krian katanya, turut berdepan isu sama, sehingga menimbulkan masalah kepada agensi pelaksana.

Malah sebahagian projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang diluluskan pada 2022 kata Friday, belum siap sepenuhnya.

“Lebih – lebih di Krian, kita di Krian banyak yang projeknya berlebihan, perkara tersebut yang mendatangkan masalah dalam agensi pelaksana.

“Bukan itu sahaja, projek RTP pada tahun 2022 pun banyak yang belum siap separuh, tiba pula pada tahun 2023 ini, satu projek pun belum mula dan ia disebabkan daripada agensi teknikal, itulah yang boleh saya kongsikan,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar rakyat di Krian  bersabar menunggu projek pembangunan yang telah dirancang dan sedang dilaksanakan siap sepenuhnya dalam tempoh yang ditetapkan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan