Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak - kanak lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran di PPR Batu Kawa, di sini awal petang tadi.

Kanak-kanak lelaki rentung, lima buah rumah terbakar di RPR Batu Kawa

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 28 Ogos: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ditemukan rentung dalam kebakaran melibatkan lima buah kediaman Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa, di sini, tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa, Zayyan Nazeem Zainal Abidin ditemukan terperangkap di bahagian bilik belakang tingkat atas rumah kedua yang terbakar pada pukul 3.33 petang tadi.

Kebakaran melibatkan lima buah kediaman Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa. Foto: Bomba

“Mayat diserahkan kepada polis yang berada di lokasi untuk tindakan lanjut,” jelas JBPM Sarawak menerusi kenyataan media.

Terdahulu selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.12 tengah hari, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Padungan digerakkan ke lokasi kejadian.

Sementara itu JBPM Sarawak memaklumkan, setibanya pasukan di situ, orang awam memaklumkan terdapat seorang kanak – kanak lelaki yang masih terperangkap di rumah kedua yang terbakar.

Ibu bapa mangsa sebak ketika menunggu jenazah anaknya dibawa keluar dari rumah yang terbakar di RPR Batu Kawa. Foto: Bomba

 

“BBP Batu Lintang menggunakan satu aliran 200 kaki dan dua nozel manakala BBP Padungan membuat ‘fire break’ di rumah keempat dan kelima menggunakan sumber air pili bomba,” jelas JBPM Sarawak.

Kebakaran berkenaan menyebabkan rumah pertama dan kedua musnah 100 peratus manakala rumah ketiga dan keempat masing terbakar 60 dan 50 peratus.

“Rumah kelima mengalami kemusnahan sebanyak 20 peratus. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” jelas JBPM Sarawak. -TVS  

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan