Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis. Foto TVS.

Bubarkan PSB, ahlinya boleh sertai PDP – Francis Harden

SRI AMAN, 27 Ogos: Ketua Cawangan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis berpendapat adalah lebih baik sekiranya Parti Sarawak Bersatu (PSB) dibubarkan.

Francis Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata, setelah itu ahli PSB boleh menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) sekiranya ingin bekerjasama.

Namun kata beliau, segala keputusan mengenai kerjasama itu terletak kepada keputusan yang akan dibuat oleh parti – parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Sekiranya kerjasama itu berjaya, saya berharap tidak ada sebarang perubahan berlaku berkaitan kerusi tradisi seperti di Engkilili dan Bawang Assan.

“Sebagai contoh kerusi Bawang Assan tidak patut dibawa oleh penyandang (Datuk Seri Wong Soon Koh) ke PDP.

“Begitu juga di Engkilili, tidak patut menjadi milik PDP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Bahagian (MSSB) Sri Aman di Kompleks Sukan Simanggang baru-baru ini.

PDP dan PSB dijangka bergabung Disember ini

Sebelum ini, Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing memberitahu, kerjasama membabitkan PDP dan PSB dijangka akan dimuktamadkan pada Disember ini.

Difahamkan, setakat ini kedua-dua parti sedang dalam proses ke arah kerjasama itu yang bertujuan untuk membolehkan mereka memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan