Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bergambar bersama pemenang. Foto: TVS

Atlet Sarawak mulakan persiapan SUKMA2024

ByTVS

KUCHING, 27 Ogos: Atlet Sarawak yang bakal beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 tahun depan sudah memulakan persiapan masing – masing, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, atlet – atlet daripada beberapa acara sukan antaranya telah menyertai pelbagai pertandingan tempatan dan antarabangsa untuk mendapat pendedahan.

Di pihak kementerian pula Abdul Karim memaklumkan, kerja-kerja menambah baik fasiliti sukan juga dalam proses pelaksanaan.

“Semua berjalan seperti dirancang. Selain fasiliti, persiapan atlet juga sedang giat seperti yang kita lihat hari ini (anjuran Siol International Mountain Bike Challenge).

“Sukan atau pertandingan yang diadakan, semua menjurus untuk membangunkan skuad Sarawak dan juga minat terhadap acara sukan tersebut,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Siol International Mountain Bike Challenge 2023 di Petra Jaya dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai persiapan atlet, Abdul Karim memberitahu, Sarawak kini juga rancak menganjurkan pelbagai sukan bertaraf antarabangsa untuk memberi pendedahan kepada barisan atletnya.

“Malam tadi berlangsung peringkat akhir Tinju Terbuka Sarawak 2023 di Sri Aman.

“Pada masa ini, kita sedang giat mengaturkan pelbagai sukan supaya setiap acara itu bersedia,” katanya.

Abdul Karim turut memberi jaminan Kerajaan Sarawak memberi sokongan penuh kepada perancangan membangunkan kemudahan sukan di lapan bahagian yang terlibat untuk 37 acara SUKMA yang dijadual Ogos tahun depan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan